fbpx

SPR perlu sediakan undi pos di Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hassan Abdul Karim menyampaikan sumbangan barangan keperluan dan limau kepada penduduk sekitar Pasir Gudang, Johor hari ini.

PASIR GUDANG – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu mewujudkan satu kaedah undi pos bagi membolehkan lebih 400,000 rakyat Malaysia termasuk pengundi Johor untuk mengundi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN).

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, inisiatif berkenaan akan membolehkan rakyat Malaysia yang tidak dapat pulang mengundi akibat pandemik Covid-19 menunaikan tanggungjawab mereka.

“Disebabkan pandemik Covid-19, ramai tidak akan pulang untuk mengundi kerana jika mereka balik akan tetap dikuarantin terlebih dahulu. Jadi kita harap SPR untuk menyediakan kaunter untuk kemudahan undi pos di Singapura.

“SPR menerusi kerajaan boleh berbincang dengan kerajaan Singapura untuk tujuan itu bagi memastikan pekerja Malaysia di repubklik berkenaan terutama rakyat Johor dapat mengundi dalam PRN ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Program Perayaan Ponggal anjuran Persatuan Semangat Ibu Tunggal Negeri Johor di Kota Puteri, di sini hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI