fbpx
Telur ayam yang pecah atau retak dikhua­tiri dicemari dengan bakteria E. Coli

Risiko keracunan makanan guna telur dicemari E.coli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN – Telur ayam yang pecah atau retak dikhua­tiri dicemari dengan bakteria E. coli yang boleh menyebabkan seseorang mengalami keracunan makanan.

Pegawai Penyelidik Persa­tuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Hatijah Hashim berkata, bakteria itu dikhuatiri boleh menyebabkan seseorang itu mengalami sakit perut teruk atau cirit-birit.

Menurutnya, telur ayam yang telah pecah atau retak mampu mendatangkan kemudaratkan terhadap kesihatan pengguna berikutan terdapat pelbagai mikroorganisma yang melekat pada kulit telur.

“Bakteria daripada tahi ayam atau hama yang melekat pada lapisan luar kulit telur berkemungkinan sudah mencemari kuning dan putih telur tersebut.

“CAP tidak mengesyorkan penggunaan telur ayam yang sudah tercemar dengan bakteria selain menyebabkan makanan cepat rosak,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Mengulas lanjut, Hatijah memberitahu, makanan atau dedak yang tidak berkualiti termasuk spesies ayam yang diternak dikatakan menjadi punca telur mudah pecah dan retak.

“Selain itu, kekerapan ayam bertelur dalam tempoh singkat iaitu dua kali sehari juga antara faktor telur menjadi semakin nipis selain mudah retak,” jelasnya.

Justeru katanya lagi, peniaga seharusnya lebih beretika dalam urusan perniagaan de­ngan tidak memasarkan telur yang sudah pecah kepada pengguna dan peniaga makanan terutamanya meskipun mendapat permintaan tinggi ketika ini akibat krisis bekalan telur yang melanda seluruh negara.

“Telur ayam yang rosak um­pama pinggan yang sudah pe­cah atau retak.

“Mereka (peniaga) sepatutnya menerima kerugian yang dialami dan bukannya terdesak membeli atau menjual semula telur tersebut tanpa memikirkan kemudaratan penyakit yang bakal dialami,” tambahnya.

POPULAR