fbpx

Indonesia akan bekalkan nikel untuk keperluan dunia – Jokowi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PRESIDEN Joko Widodo (Jokowi) berucap ketika menghadiri Majlis Perasmian Pembukaan B20 Inception Meeting 2022 secara maya pada Khamis, kelmarin. – Liputan 6

JAKARTA – Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) memaklumkan bahawa negara itu akan membekalkan nikel, bauksit, timah dan tembaga untuk keperluan dunia, lapor program berita Liputan 6.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Jokowi ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Perasmian Pembukaan B20 Inception Meeting 2022 secara maya kelmarin.

“Kami kaya dengan nikel, bauksit, timah dan tembaga. Kami pasti akan membekalkan bahan-bahan ini secukupnya untuk keperluan dunia.

“Bagaimanapun, bahan itu dibekalkan bukan dalam bentuk bahan mentah, tetapi dalam bentuk barangan siap atau separa  siap dengan nilai tambah yang tinggi,’’ tambahnya. 

Menurut beliau, industri nikel Indonesia sejak 2015 memberi impak positif kepada masyarakat dan negara itu bermula daripada penciptaan pekerjaan kepada kesan positif terhadap eksport dan imbangan perdagangan.

Jokowi berkata, nilai eksport Indonesia mencecah AS$230 bilion (RM964.735 bilion) dengan peningkatan eksport terbesar adalah daripada keluli.

Jumlah eksport keluli mencecah AS$20.9 bilion (RM87.665 bilion) pada 2021 berbanding AS$1.1 bilion (RM4.614 bilion) pada 2014.

“Pada 2022, saya rasa ia boleh mencecah AS$28 bilion (RM117.446 bilion) hingga AS$30 bilion (RM125.835 bilion),’’ jelas beliau. 

Selepas nikel, Jokowi turut memaklumkan akan menggalakkan pelaburan dalam sektor bauksit, tembaga dan timah.

Beliau menilai bahawa dasar peralihan tenaga daripada bahan api fosil kepada tenaga boleh diperbaharui akan menjamin kepastian pelaburan di Pulau Jawa dan Sumatera. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI