fbpx

Dituduh curi telefon bimbit punca merusuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kejadian rusuhan membabitkan sekumpulan individu termasuk penghantar makanan di kawasan Station 18 dekat Ipoh, semalam. /FOTO MEDIA SOSIAL

IPOH – Polis menahan dua lelaki berhubung kejadian rusuhan di hadapan sebuah restoran di Station 18 di sini yang tular dalam media sosial, awal pagi tadi.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, pihaknya mengesan satu hantaran dalam media sosial mengenai pergaduhan yang berlaku dan laporan telah dibuat pada pukul 11.51 malam tadi.

“Siasatan mendapati insiden itu melibatkan seorang lelaki yang dituduh mencuri telefon bimbit menyebabkan mangsa dikejar sekumpulan penunggang motosikal sehingga keretanya melanggar sebuah kenderaan lain.

“Ekoran kejadian itu, berlaku rusuhan melibatkan sekumpulan individu termasuk penghantar makanan. Kenderaan mangsa dirosakkan dengan kerusi, kon plastik dan batu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, siasatan mendapati punca kejadian adalah disebabkan salah faham dan kecurian telefon bimbit oleh mangsa yang tidak dapat dibuktikan.

“Ekoran kejadian itu, kita menahan dua lelaki berusia 23 dan 27 tahun bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat,” ujarnya.-K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI