fbpx

Lelaki naik angin anjing peliharaan mati dilanggar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap Layar Video Tular seorang lelaki memecahkan cermin belakang sebuah kereta di Taiping.

TAIPING – Dua lelaki ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung video tular berkaitan seorang lelaki memecahkan cermin sebuah kereta di kawasan perumahan Crystal Greek Resindence di sini.

Ketua Polis Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, video tular berdurasi satu minit 40 saat itu dengan keterangan ‘A dog died after being run over so the owner decided to take revenge’.

Menurut beliau, susulan itu satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 427 dan 323 Kanun Keseksaan.

“Dua orang lelaki berusia 29 dan 44 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan.

“Mereka masih disoal siasat dan akan dilepaskan dengan jaminan polis setelah keterangan diambil,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, sebuah video tular memaparkan seorang lelaki menggunakan sebatang besi bertindak memecahkan cermin belakang sebuah kereta jenis Mazda.

Dia bertindak demikian kerana dikatakan pemandu kereta itu telah melanggar mati anjing peliharaannya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI