fbpx

Guna barang tiruan, FreeZia minta maaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FREEZIA

MASIH lagi dengan kisah mengenai YouTuber kontroversi kelahiran Korea, FreeZia.

Setelah lama mendiamkan diri, FreeZia atau nama sebenarnya Song Ji-ah tampil berhadapan dengan semua peminat dek isu penggunaan barang berjenama palsu yang digunakannya selama ini.

Menerusi laman YouTube miliknya, dia itu telah memuat naik sebuah video panjang lebar mengenai pengakuannya memakai barang tiruan selain memohon maaf atas kelakuannya yang dibenci ramai.

“Pertama sekali, saya ingin memohon maaf kerana lambat menyampaikan video permohonan maaf ini. Saya juga ingin meminta maaf kerana membuatkan semua risau akan saya.

“Bagi meleraikan kontroversi yang sedang hangat diperkatakan mengenai pemakaian produk tiruan, saya mengakui dan ini semuanya salah saya,” katanya.

Jelas FreeZia, 25, dia sepatutnya berhati-hati sebagai seseorang pempengaruh media sosial yang mempunyai saluran YouTube sendiri selain alpa telah merosakkan nilai jenama terbabit.

“Saya sudah mengecewakan semua orang yang mempercayai saya selama ini,” katanya yang turut mendedahkan bagaimana dia mula berjinak-jinak dengan barangan palsu tersebut.

Terdahulu, FreeZia menerusi agensinya mengakui tertekan selepas netizen terus menerus mengecam, mengkritik dan terbaru meminta untuknya membunuh diri.

Tinjauan Kosmo! mendapati, bintang Single Inferno itu sudah memadam semua hantaran yang pernah dimuat naik dalam Instagram kecuali permohonan maaf terbaharunya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI