fbpx

Sasaran Gergasi Merah lebih realistik musim ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JOHAN KAMAL

SELANGOR FC berharap pasukan itu dapat mencapai petunjuk indeks prestasi (KPI) yang ditetapkan dengan meletakkan sasaran untuk kembali ke pentas Asia buat kali pertama dalam tempoh tujuh tahun pada saingan musim depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr. Johan Kamal Hamidon berkata, sasaran yang diletakkan buat skuad Gergasi Merah kali ini realistik selepas pasukan gagal melakukannya pada saingan musim lepas.

“Harapan pengurusan khususnya peminat untuk saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2022 cukup tinggi kerana mahu menyaksikan semula kehadi­ran pasukan untuk kembali ke pentas bola sepak Asia.

“Justeru, hanya dengan berada dalam kelompok tiga pa­sukan terbaik Liga Super, hasrat tersebut boleh direali­sasikan dan saya percaya pasukan ini memiliki potensi untuk memenuhi harapan tersebut,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Sebagai rekod, Malaysia menerima tiga slot untuk dua kejohanan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) iaitu Liga Juara-Juara Asia (ACL) dan Piala AFC.

Juara Liga Super akan layak secara automatik ke pentas ACL, manakala kedudukan naib juara Liga Super dan juara Piala FA akan diberikan tiket ke saingan Piala AFC.

Pada saingan musim lalu, skuad Gergasi Merah telah menduduki kedudukan kelima Liga Super, manakala terkandas di peringkat separuh akhir Piala Malaysia kepada juara, Kuala Lumpur City (KL City).

Kali terakhir pasukan Selangor FC bersaing di pentas Asia adalah ketika tahun 2016 tetapi hanya mampu menamatkan saingan di peringkat kumpulan Piala AFC.

Selangor yang kini dikendalikan jurulatih import dari Jerman, Michael Feichtenbeiner sedang giat menjalani persiapan pramusim sebelum aksi Liga Super membuka tirai rasmi Mac ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI