fbpx

12,000 penuntut universiti nikmati manfaat #DIY4UM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ong (dua dari kiri) bersama Naib Canselor Universiti Malaya, Profesor Datuk Dr. Mohd. Hamdi Abd. Syukor memegang replika sumbangan sempena Majlis Penutup Inisiatif #DIY4UM yang diadakan di ibu negara baru-baru ini.

PETALING JAYA – Lebih daripada 12,000 penuntut Universiti Malaya (UM) menikmati fasa peralihan yang lebih selesa untuk kembali meneruskan pe­ngajian di kampus hasil inisiatif
#DIY4UM.

Inisiatif usaha sama antara MR D.I.Y. Group (M) Bhd. (MR D.I.Y.), Touch ‘n Go Group dan UM itu menyaksikan lebih RM3.6 juta diagihkan bagi membantu mahasiswa UM membuat persiapan kembali ke kampus.

Setiap penuntut UM diberi bantuan tunai berjumlah RM300 untuk membeli barangan keperluan harian dan peralatan pem­belajaran yang diagihkan melalui e-dompet Touch ‘n Go dalam tiga kali bayaran sepanjang November dan Disember lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif MR D.I.Y., Adrian Ong berkata, pe­ngasas syarikat, Tan Yu Yeh me­rupakan alumni UM dan beliau telah banyak membantu menja­yakan pelbagai program bermanfaat buat universiti, penuntut dan komuniti di sana.

“Hasrat beliau dan visi kami adalah supaya program seum­pama ini dapat merangsang organisasi lain agar bersama berganding bahu dalam membantu rakyat Malaysia menghadapi masa yang sukar ini.

“Kami sedar salah satu kumpulan paling teruk terkesan adalah penuntut universiti dan apabila mereka mula kembali ke kampus selepas pandemik, ramai yang memerlukan bantuan untuk membeli keperluan ha­rian, bahan pembelajaran dan barangan pelindung diri,” kata­nya dalam satu kenyataan.

Seramai 11,000 penuntut terawal yang menggunakan dana tersebut layak menerima pulangan tunai RM10 apabila ber­belanja minimum RM20 menggunakan e-dompet Touch ‘n ‘Go di cawangan-cawangan Kumpulan MR D.I.Y., laman dalam talian MR D.I.Y. di www.mrdiy.com.my serta program mini MR D.I.Y. yang boleh didapati dalam e-dompet Touch ‘n Go.

Sementara itu, Ong juga me­rakamkan penghargaan buat pasukan UM dalam memastikan setiap penuntutnya yang layak berdaftar untuk program ban­tuan tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI