fbpx

Thailand tawar suntikan dos keempat di 10 wilayah pelancongan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENDUDUK menerima dos ketiga vaksin Covid-19 di sebuah stadium di Bangkok pada 8 Januari lalu. - AFP

BANGKOK – Kerajaan Thailand menawarkan dos keempat vaksin Covid-19 kepada penduduk di wilayah-wilayah yang bergantung kepada sektor pelancongan ketika negara itu bersiap sedia untuk membuka semula sempadannya pada bulan depan, lapor akhbar Bangkok Post semalam.

Menurut Kementerian Kesihatan Awam, vaksin jenis AstraZeneca dan Pfizer sedang ditawarkan di sepuluh buah wilayah kepada penduduk yang telah menerima dos ketiga sekurang-kurangnya tiga bulan yang lalu. 

Data rasmi ketika ini menunjukkan lebih daripada 800,000 suntikan telah diberikan yang kebanyakannya, diterima oleh pekerja pusat jagaan kesihatan dan mereka yang berada dalam kumpulan berisiko tinggi. 

Rancangan awal adalah untuk menawarkan suntikan keempat hanya kepada kakitangan perubatan dan kumpulan berisiko lain.

Bagaimanapun, timbalan jurucakap kerajaan, Rachada Dhnadirek berkata pada Ahad lalu bahawa Jabatan Kawalan Penyakit mengeluarkan kenyataan untuk memberi dos keempat kepada penduduk di 10 wilayah tersebut.

Empat wilayah yang bergantung kepada pelancongan adalah Phuket, Surat Thani, Krabi dan Phangnga. 

Selain itu, enam wilayah dengan tumpuan pelancongan atau kadar jangkitan tinggi adalah Bangkok, Chonburi, Samut Prakan, Nonthaburi, Kanchanaburi dan Pathum Thani.

Sasaran kementerian adalah untuk menyuntik 2.5 juta penduduk di 10 wilayah tersebut sama ada warganegara Thailand atau rakyat asing.

Selain Thailand, Chile dan Israel merupakan antara yang tersenarai dalam memberikan dos keempat kepada penduduknya. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI