fbpx

Kerajaan pertimbang benarkan rakyat melancong ke luar negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri ketika berucap di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya hari ini.

PUTRAJAYA – Kerajaan mempertimbang untuk memberi kebenaran kepada rakyat negara ini yang lengkap menerima dua dos vaksin dan mengambil dos penggalak untuk melancong ke luar negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan berpandangan sedemikian kerana terdapat beberapa buah negara telah mengurangkan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan kemasukan  pelancong ke negara mereka.

“Mungkin perkara ini akan dipertimbangkan sebab kita lihat kalau dua dos (vaksin) dan dos penggalak sudahpun selesai (diambil), saya percaya kita boleh memberi sedikit lagi kelonggaran.

“Ini terpulanglah kepada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk memberikan pandangan,” katanya ketika berucap di Majlis Amanat Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.

Pada masa sama, Ismail Sabri berkata, kerajaan tidak boleh terus ‘terlalu keras’ membabitkan isu tersebut kerana ia memberi kesan terhadap industri pelancongan tempatan.

Jelasnya, industri pelancongan masih belum dibuka sepenuhnya walaupun pelancongan domestik telah dibenarkan, namun pelancong antarabangsa belum memasuki ke dalam negara.

Tambahan pula, menurut beliau, subsidi upah yang diperkenalkan oleh kerajaan masih lagi diteruskan dan diberikan kepada pemain-pemain industri pelancongan.

“Jadi sebab itulah kita lihat bahawa jika rakyat telahpun diberikan dos penggalak, maka mungkin kita boleh mengendurkan sedikit SOP.

“Bagaimanapun, seperti saya sebutkan bahawa KKM perlu memberikan pandangan tentang perkara ini. Saya percaya apabila kita boleh membuka negara kita, keadaan ekonomi akan berubah dan bertambah baik,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI