fbpx

Kehadiran Senoi Praaq legakan penduduk Orang Asli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Choon Foo (tiga dari kiri) bersama anggota Senoi Praaq dan Perhilitan bertanya khabar penduduk Orang Asli di Kampung Sau, Pos Bihai, Gua Musang. Foto AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Ketakutan masyarakat Orang Asli yang terancam ekoran serangan harimau belang sedikit menurun apabila anggota Senoi Praaq dari Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) Bidor, Perak mengawal keselamatan penduduk di Pos Bihai dan Pos Balar.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, seramai 21 anggota Senoi Praaq telah menyertai operasi khas pihak Jabatan Perlindungan Haiwan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) sejak seminggu lalu.

Katanya, selain mengiringi anggota Perhilitan, mereka turut mengiringi penduduk Orang Asli untuk ke kebun bagi mengambil hasil tanaman.

“Rata-rata penghuni di sekitar perkampungan Orang Asli melahirkan rasa bersyukur dan rasa kebimbangan mereka menurun berkaitan isu ancaman harimau ni.

“Selain tugasan rutin membuat rondaan bagi mengesan kehadiran harimau di kawasan operasi, mereka turut mengiringi penduduk kampung yang hendak ke kebun mengambil hasil tanaman,” katanya selepas meninjau keadaan di Kampung Sau, Pos Bihai dan menyerahkan sumbangan bakul makanan kepada 30 keluarga Orang Asli di Kampung itu.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI