fbpx

Gaya lelaki berubah ikut perkembangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMAKAIAN denim dan jaket kulit mampu membuatkan anda tampil maskulin.

Oleh FAIZAL HAMID

DAHULU, pilihan lelaki amat ringkas dan asas. Sehelai kemeja, celana, stoking, kasut dan tali pinggang atau jika urusan rasmi sahaja baru mengenakan tali leher.

Hari ini lelaki kontemporari menyandangkan beg di bahu, bertopi dan berlilitan skaf di leher.

Kaca mata aneka bentuk dan variasi warna serta tekstur disesuaikan dengan pakaian dan tempat yang mahu dituju.

Kasut juga mungkin sealmari meliputi kasut beriadah, bersukan, ke pejabat atau acara formal, sniker, loafer, but, sandal dan aneka jenis kasut untuk keperluan sehari-hari. Itulah lelaki
kontemporari yang memanjakan diri, berani, berwibawa, berkeyakinan dan tahu akan harga diri dan bergaya tersendiri.

Untuk minggu ini, saya titipkan beberapa tip atau pilihan gaya trend terkini yang boleh dieksperimentasi oleh lelaki yang cukup in trend dan pentingkan keterampilan.

1.Denim selesa digaya

Denim mudah digayakan, selesa, kelihatan seksi dan sofistikated di atas pentas peragaan dan juga di jalanan.

Denim menawarkan pelbagai gaya untuk semua orang, sama ada anda menggemari denim gelap (dark), pudar (faded) dan sebagainya. Pilihan dan padanannya tidak terbatas, anda bebas bereksperimentasi ikut cita rasa dan gaya tersendiri.

2.Jaket kulit yang cool

Antara rekaan yang menarik dan perlu dimiliki adalah motorcross leather jacket. Pastikan potongannya hebat dan melekap di badan (slim fitted), versatil dan mencerminkan kelelakian.
Untuk gaya lebih hip, trendy dan cool, padankan jaket kulit ini bukan cuma dengan jean tetapi juga slacks dan dress shoes untuk acara makan malam.

Meminjam kata pereka Marc Jacobs ‘it’s more about the sense of freedom, the sense of speed and travel’, jelas menggambarkan keunikan rekaan.

WARNA pastel dan tampil tidak berbutang dengan fabrik renyuk punyai tarikan tersendiri.

3. Warna pastel

Kemeja polo dalam warna pastel dan terang cukup versatil serta boleh digayakan dengan pelbagai padanan seperti blazer dan seluar jean biru atau apa sahaja.

Apapun, anda perlu berani dan bijak bereksperimentasi untuk menghasilkan gaya yang lebih menarik.

4. Kontemporari, kreatif

Kita masih boleh nampak a sharp-dressed man walaupun berkemeja yang tidak dibutangkan dan kelihatan renyuk.

Gaya ini kerap muncul di pentas peragaan antarabangsa. Percaya atau tidak ada sesuatu yang romantik dengan imej ini. Ia bersahaja tetapi masih bergaya, kontemporari dan kreatif.

This look is all about personal style dan lelaki wajar memiliki gaya sebegini.

5. Jalur panjang

Pastikan anda memilih rekaan fesyen jalur yang sesuai dengan personaliti dan bentuk badan.
Jalur serong membuatkan diri lebih menarik berbanding jalur melintang. Jalur melintang membuatkan anda lebih lebar, manakala jalur menegak secara visualnya memanjangkan badan.
Jalur halus pada seluar dapat memberikan ilusi ketinggian yang lebih daripada realiti sebenar.

6. Reka corak terang

Bebaskan diri daripada kongkongan konservatif dengan memilih pakaian dalam warna-warna dan reka corak yang terang dan berani.

Memakai kemeja bercorak di bawah sut menggambarkan rebelliousness tanpa membuatkan anda kelihatan seperti mangsa fesyen. Trust yourself! Pasti gaya baharu anda jadi perhatian.
——————————————————————————————————————

FAIZAL HAMID ialah Pensyarah Kanan Jabatan Fesyen, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Universiti Teknologi Mara, Shah Alam,Selangor.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI