fbpx

32 terbunuh dalam keganasan antara etnik di Sudan Selatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA tentera pengaman UNMISS melakukan rondaan di luar markas mereka di Juba pada 4 Oktober 2016. - AFP

JUBA, Sudan Selatan  – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan hari ini bahawa 32 orang termasuk wanita dan kanak-kanak terbunuh dalam beberapa  serbuan bersenjata di sebuah rantau di Sudan Selatan yang dilanda keganasan etnik.

Serangan berdarah ke atas dua buah kampung di negeri bergolak, Jonglei pada 23 Januari lalu menyebabkan orang awam melarikan diri semasa sekumpulan remaja bersenjata daripada etnik seteru melepaskan tembakan dan membakar harta benda.

Antara yang mati termasuk tiga kanak-kanak yang lemas di dalam sungai ketika cuba melarikan diri, kata Misi PBB di Sudan Selatan (UNMISS).

Sekurang-kurangnya 26 orang cedera termasuk wanita dan kanak-kanak, manakala sebilangan yang lain tidak dapat dikesan selama dua hari selepas tragedi berdarah dalam kawasan etnik Baidit itu berlaku.

“UNMISS mengutuk sekeras-kerasnya sebarang serangan terhadap orang awam dan menggesa kumpulan atau individu terbabit mengambil tindakan segera untuk mengelak situasi daripada menjadi lebih buruk yang akan membahayakan penduduk tidak berdaya,” katanya.

Misi pengaman itu dikerah selama setahun pada 2011 apabila Sudan Selatan mendapat kemerdekaannya tetapi mandat UNMISS dilanjutkan lagi dan lagi ketika negara baharu itu menderita akibat perang saudara dan keganasan antara etnik.

Lebih 700 orang terbunuh dan sebilangan yang lain dirogol dan diculik di Jonglei antara Januari hingga Ogos 2020 dalam serbuan oleh etnik-etnik militia di negeri yang terletak di timur Sudan Selatan itu. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI