fbpx

Kerajaan pertimbang bantuan geran kepada usahawan mikro, informal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri (dua dari kanan) pada mesyuarat EAC yang dipengerusikannya di Putrajaya hari ini.

PUTRAJAYA – Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) telah bersetuju secara prinsip untuk mempertimbangkan bantuan berbentuk geran khusus bagi meringankan beban yang ditanggung oleh usahawan mikro dan informal yang terjejas akibat banjir.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, persetujuan itu dicapai pada mesyuarat EAC yang dipengerusikan beliau hari ini bagi membincangkan secara terperinci mengenai impak banjir ke atas Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) termasuk peniaga informal.

“Kementerian Kewangan (MOF) akan mengadakan perbincangan lanjut bersama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), kementerian dan agensi berkaitan serta Dewan-Dewan Perniagaan bagi memperhalusi cadangan-cadangan yang telah dibentangkan untuk pertimbangan kerajaan.

“Lawatan susulan ke lokasi yang dikenal pasti akan diadakan bagi memastikan program bantuan banjir PMKS sampai ke kumpulan sasaran. Insya-Allah, saya akan mengumumkan inisiatif ini setelah diperhalusi dan dimuktamadkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Bersekutu Malaysia (ACCCIM), Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Bersekutu Malaysia (MAICCI) serta MEDAC telah berkongsi pada mesyuarat itu mengenai impak akibat banjir.

Menurut Ismail Sabri, mereka turut mencadangkan beberapa tindakan bagi membolehkan PMKS bangkit semula.

Katanya, mesyuarat turut mendengar keluhan daripada dua orang usahawan PMKS dari Taman Sri Muda, Shah Alam dan Taman Sri Nanding, Hulu Langat yang terjejas teruk bagi mendapatkan gambaran sebenar kerugian, kesan dan masalah yang mereka hadapi.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, kerajaan sebelum ini telah memperkenalkan pakej Bantuan Banjir Keluarga Malaysia berjumlah RM1.4 bilion yang merangkumi bantuan tunai, pembaikan rumah dan fasiliti awam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI