fbpx

Haily bakal bina vila resort eksklusif di Iskandar Puteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA –  Syarikat pembinaan yang berpangkalan di Johor,  Haily Group Berhad (Haily) telah memulakan tahun baharu dengan kontrak RM41.28 juta untuk membina vila resort eksklusif di Iskandar Puteri.

Penganugerahan projek kepada anak syarikatnya, Haily Construction Sdn Bhd. (Haily Construction) ini adalah yang terbesar buat Kumpulan sejak ia disenaraikan di Pasaran ACE pada Julai 2021.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, Haily Construction telah menerima surat anugerah daripada DP Architects Sdn Bhd bagi pihak Country View Resources Sdn. Bhd. (Country View) untuk pembinaan fasa satu Pembangunan Strata Resort Pelancongan yang terletak di Aurora Sentral, Pulai, Johor.

Country View adalah  anak syarikat milik penuh Country View Berhad yang tersenarai di Bursa Malaysia Securities Berhad (Bursa Securities).

“Di bawah kontrak itu, antara bangunan yang akan dibinanya adalah 121 unit Vila Link dua tingkat, dan tempoh keseluruhan projek ialah 18 bulan dan ia dijangka siap menjelang bulan Julai 2023,” jelasnya.

Ini adalah kontrak ketiga yang diraih oleh Haily berhubung dengan Aurora Sentral dalam tempoh kurang setahun.

Sebelum ini, Kumpulan telah dilantik untuk membina 147 Link Villa di Aurora Sentral dengan harga RM45.08 juta dan rumah kelab dengan kolam renang berharga RM6.74 juta.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI