fbpx

Budak perempuan selamat daripada mati beku kerana peluk anjing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kanak-kanak itu berjaya mengharungi ribut salji yang dahsyat apabila berlindung dalam kandang anjing dan dipeluk haiwan itu sepanjang malam. - Daily Mail

MOSCOW – Seorang kanak-kanak perempuan di Rusia berjaya mengharungi malam yang dilanda ribut salji dengan memeluk erat seekor anjing, lapor stesen penyiaran CNN semalam.

Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dirahsiakan identitinya itu sepatutnya dalam perjalanan pulang dari sekolah yang terletak di pekan Uglegorsk baru-baru ini.

Namun begitu, dia gagal mencari jalan pulang akibat ribut salji terlalu lebat dengan kelajuan angin mencecah 82 kilometer sejam.

Pihak berkuasa dan penduduk tempatan mencari gadis itu semalaman selepas dia dilaporkan hilang oleh ibunya.

Kumpulan pencari memberi tumpuan kepada rumah yang mempunyai haiwan peliharaan kerana penduduk berdekatan melaporkan melihat gadis itu bermain dengan anjing pada petang sebelum kehilangannya.Pada keesokan pagi, sehari selepas dilaporkan hilang, seorang sukarelawan menemui kanak-kanak itu di dalam kandang anjing dalam keadaan dipeluk haiwan itu untuk memanaskan badan kecilnya.

Gadis itu telah dikejarkan ke hospital dan dilaporkan sihat tanpa sebarang kecederaan, demikian menurut laporan sebuah stesen televisyen tempatan Rusia. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI