fbpx

Unit berkuda perkukuh kawalan sempadan Malaysia-Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hazani (tiga dari kanan) menyampaikan sijil penghargaan kepada anggota Batalion 9 Pasukan Gerakan Am selepas kejayaan merampas dadah bernilai RM27.3 juta di Kampung Padang Embun, Pasir Mas semalam. - Foto YATIMIN ABDULLAH

PASIR MAS – Pasukan berkuda akan digerakkan ke sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini bagi memperketatkan kawalan dalam usaha membendung kegiatan jenayah rentas sempadan terutamanya penyeludupan.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Hazani Ghazali berkata, Kelantan merupakan negeri kedua menggunakan khidmat unit berkenaan untuk membuat rondaan.

Menurut beliau, selain unit berkuda, penggunaan motosikal elektrik (e-bike) akan digunakan di kawasan sempadan negeri ini sebagai kaedah baharu dalam memperkukuhkan lagi kawalan.

“Kita juga akan menggunakan peralatan canggih yang dilengkapi dengan ciri-ciri kepintaran buatan (AI) untuk membuat rondaan di sempadan.

“Pengunaan dron dan helikopter akan turut digerakkan bagi membuat pemantauan dari udara,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Pasir Mas di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI