fbpx

Priyanka, Jonas timang anak pertama, guna khidmat ibu tumpang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PRIYANKA dan Jonas selamat menimang bayi perempuan dengan menggunakan khidmat ibu tumpang

LOS ANGELES – Selepas empat tahun berkahwin, pasangan selebriti popular Priyanka Chopra dan Nick Jonas akhirnya bergelar ibu bapa selepas menyambut kelahiran bayi sulung mereka yang dilahirkan menggunakan khidmat ibu tumpang.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram pasangan tersebut, mereka berkongsi rasa teruja dengan kehadiran cahaya mata perempuan itu selepas sekian lama menunggu.

“Kami berasa sangat gembira untuk memberitahu bahawa kami telah menyambut kelahiran seorang bayi melalyui kaedah ibu tumpang,” kata Priyanka.

Bagaimanapun, pelakon berusia 39 tahun itu meminta orang ramai untuk memberikannya ruang dan masa bagi memberi perhatian kepada keluarganya.

“Kami memohon jasa orang ramai supaya memberikan kami ruang dan waktu untuk kami sekeluarga,” kata pasangan itu.

Difahamkan pasangan itu menyambut kelahiran anak pertama mereka pada Sabtu lalu di sebuah hospital di California, Amerika Syarikat.

Namun, sehingga kini pasangan tersebut tidak berkongsi maklumat terperinci mengenai bayi tersebut.

Untuk rekod, Priyanka dan Jonas berkahwin pada 2018. Sebelum ini, pelakon filem Don itu pernah diasak dengan pertanyaan tentang cahaya mata.

Namun Priyanka menjelaskan bahawa keinginan untuk mempunyai anak merupakan impian utama mereka, namun enggan terburu-buru.

Sebelum ini, pelakon Preity Zinta juga mengejutkan peminatnya dengan berita gembira selepas menimang cahaya mata kembar menggunakan khidmat ibu tumpang selepas lima tahun berkahwin.

Lebih manis, pelakon filem Chori Chori Chupke Chupke itu turut mengumumkan nama bayi kembar mereka iaitu Jai Zinta Goodenough dan Gia Zinta Goodenough. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI