fbpx

Priyanka Chopra ‘skip’ kenduri kahwin sepupu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PRIYANKA CHOPRA

HUBUNGAN Priyanka Chopra dan sepupunya Parineeti Chopra sangat akrab sejak kecil sehingga mereka sama-sama terjun ke arena lakonan.

Malah, sehingga dewasa mereka antara penggiat seni yang mempunyai hubungan kekeluargaan yang akrab.

Begitupun, ramai tertanya-tanya ketiadaan isteri kepada Nick Jonas itu ketika majlis pernikahan Parineeti dengan Raghav Chadha, baru-baru ini.

Netizen juga pelik apabila Priyanka tidak kelihatan sekali gus mempersoalkan kesibukannya sehingga tiada masa pulang menghadiri majlis tersebut.

Begitupun, Priyanka yang sememangnya tinggal di Amerika Syarikat membuat hantaran dalam laman sosial mengucapkan tahniah kepada pengantin.

Kekangan kerja membuatkan dirinya tidak dapat hadir ke majlis perkahwinan sepupunya itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI