fbpx

Penduduk mangsa banjir lega dibantu Alam Flora

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kakitangan Alam Flora membersihkan longkang yang dipenuhi lumpur akibat banjir di Bentong, kelmarin.

BENTONG – Tindakan proaktif pihak Alam Flora yang giat melakukan kerja-kerja pembersihan memberikan kelegaan kepada mangsa-mangsa banjir untuk memulakan kehidupan baharu selepas dilanda bencana berkenaan.

Seorang penduduk Taman Wijaya, Karak di sini, Mohamad Nor Mat Yassin,62, berkata, bantuan pembersihan yang dilakukan oleh pihak Alam Flora amat membantu penduduk dalam memulakan kehidupan baharu.

“Kalau Alam Flora tidak bantu khususnya membersihkan longkang yang dipenuhi lumpur memang saya tidak mampu untuk membersihkannya dengan tenaga saya pada masa ini.

Mohamad Nor

“Saya berterima kasih kepada pihak Alam Flora yang datang dan membuat kerja-kerja pembersihan dimulakan dengan kawasan longkang di taman perumahan ini yang dipenuhi lumpur,” katanya di sini kelmarin.

Menurutnya, banjir yang pertama kali berlaku di kawasan perumahan berkenaan menyebabkan dia kehilangan harta benda dan kawasan taman perumahan serta rumah dipenuhi lumpur yang dibawa air banjir.

Dalam pada itu seorang lagi penduduk, Manickam Subramaniam, 65, berkata dia dan penduduk di taman berkenaan amat berpuas hati dengan kerja-kerja pembersihan dilakukan pihak Alam Flora di kawasan itu.

M. Subramaniam

Katanya, penggunaan jentera bukan sahaja mempercepatkan lagi kerja pembersihan tetapi dapat memastikan kawasan longkang bersih sepenuhnya daripada sisa lumpur yang menjejaskan kebersihan dan menghalang laluan air.

“Saya berasa senang hati apabila Alam Flora datang ke sini bagi membersihkan longkang yang menjadi masalah kepada kami untuk membersihkannya dengan menggunakan tenaga manusia memandangkan longkang sedalam lima kaki ini dipenuhi tanah,” katanya.

Sementara itu Kamarudin Hashim,59, berkata penduduk di taman berkenaan telah sepakat untuk mengadakan gotong royong membersihkan kawasan itu pada hujung minggu ini dengan kerjasama daripada pihak Alam Flora.

Kamarudin

Katanya, dengan penggunaan jentera Alam Flora diharap kerja pembersihan taman yang mempunya kira-kira 170 buah rumah itu akan dapat diselesaikan segera demi keselesaan penduduk.

“Alhamdulillah Alam Flora sentiasa bersedia membantu dan kami amat mengalu-alukan bantuan daripada mereka untuk segera membersihkan taman perumahan ini,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI