fbpx
SWIATEK percaya sudah kembali menemui rentak sebenar dalam memastikan usaha untuk melangkah jauh pada Terbuka Australia kali ini. – AFP

Swiatek lega mara ke pusingan ketiga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELBOURNE – Pemain pilihan ketujuh, Iga Swiatek mengakui lega selepas berjaya melangkah ke pusingan ketiga kejohanan Terbuka Australia selepas menyingkirkan wakil Sweden, Rebecca Peterson 6-2, 6-1 di Arena John Cain semalam.

Atlet kelahiran Poland itu percaya dirinya kini sudah kembali menemui rentak sebenar dalam memastikan usaha untuk melangkah jauh pada kejohanan bertaraf Grand Slam ini dapat direalisasikan selepas dibelenggu kemelut prestasi tahun lalu.

“Kejohanan Grand Slam tidak pernah mudah kerana sentiasa akan ada kejutan yang berlaku dan saya perlu waspada pada setiap pusingan. Bagaimanapun, saya harap dua perlawanan awal yang ditempuh dapat memberikan keyakinan positif buat saya.

“Mengenai perlawanan menentang Peterson, saya akui berada dalam prestasi terbaik khususnya menerusi servis yang agak menjadi apabila dia tidak dapat membalas hampir semua pukulan yang saya lakukan sehingga menyaksikan saya dapat meraih keputusan mudah.

“Bagaimanapun, saya percaya pengalaman yang saya perolehi selepas tiga tahun bergelar pemain profesional dapat memberikan sinar baharu kerana saya memang berharap untuk melangkah jauh pada edisi kali ini,” kata Swiatek yang juga juara Terbuka Perancis edisi 2020.

Sementara itu, pemain tenis Amerika Syarikat yang juga pilihan ke-27, Danielle Collins turut meraih slot ke pusingan ketiga selepas menewaskan wakil Croatia, Ana Konjuh dengan keputusan straight set 6-4, 6-3.

Atlet tenis Republik Czech, Marketa Vondrousova turut mara ke aksi pusingan ketiga dengan menyingkirkan pemain Rusia, Ludmilla Samsonova selepas meraih kemenangan straight set 6-2, 7-5. – AGENSI

POPULAR