fbpx

Seohyun menggoda dan seksi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEOHYUN

PENYANYI kumpulan Girls’ Generation, Seohyun yang kini bergelar pelakon membuat peminat terpaku dengan penonjolan sisi dewasanya dalam sebuah filem baharu.

Filem keluaran Netflix berjudul Love and Leashes tersebut bakal menampilkan Seohyun dan Lee Jun-young, dari kumpulan UKISS sebagai watak utama.

Pelakon berusia 31 tahun itu memainkan watak sebagai Jung Ji-woo, seorang wanita menjalinkan hubungan intim dengan rakan sekerja, Jung Ji-hoo.

Melihat poster promosi filem berkenaan, rata-rata peminat terkejut dengan imej Seohyun memandangkan selamanya ini popular dengan imej ayu dan lembut.

“Saya tak percaya Seohyun berlakon dalam filem seperti ini, mesti menarik dan dia nampak cantik,” ulas salah seorang peminat.

Filem adaptasi webtoon Moral Sense arahan Park Hyon-Jin itu akan menemui penonton Netflix secara eksklusif pada 11 Februari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI