fbpx

Pas bincang dengan UMNO dahulu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Pas akan mengadakan perbincangan dengan UMNO berhubung kerjasama sekiranya akan diadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, perbincangan tersebut penting termasuk dalam memuktamadkan sebarang hala tuju termasuk sekiranya terpaksa bertembung antara satu sama lain.

“Kita akan mengadakan perbincangan tapi kalau sekiranya terpaksa hadapi (pertembungan), kita akan hadapi. Masing-masing parti sudah bersedia, Pas pun sedia.

“Johor, kita (Pas) sentiasa masuk bertanding tetapi kerjasama dan perbincangan akan teruskan ( dengan UMNO),” katanya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Malaysian Recycling Alliance (MAREA) hari ini.

Beliau berkata demikan ketika mengulas sama ada Pas akan bekerjasama dengan UMNO dalam PRN Johor.

Tuan Ibrahim yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air berkata, komitmen dengan UMNO dan parti lain masih berjalan dan berharap dapat melakukan kerjasama baik dalam konteks politik.

Tuan Ibrahim menjelaskan, sekiranya Johor membubarkan DUN akan menyebabkan negeri itu mengikuti Melaka dan Sarawak yang mengadakan pilihan raya yang berasingan dengan kerajaan pusat nanti.

“Sekarang kita ada Melaka dan Sarawak yang berasingan dan kalau boleh kita tidak mahu banyak sangat pilihan raya di negara ini yang berbeza tarikh.

“Akhirnya rakyat hidup dalam situasi politik sepanjang waktu iaitu selepas Pilihan Raya Umum (PRU) dan PRN. (Masalah) banjir, rakyat tengah susah, jadi saya fikir kurangkan politik,” katanya.

Ketika ditanya pemberita berhubung Muafakat Nasional, beliau menegaskan perkara itu masih berjalan dengan tiada mana-mana pihak mengisytiharkan pembubarannya. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI