fbpx
TANGKAP layar memperlihat situasi ketika seorang lelaki dan wanita pertengahan usia dirakam berlaku curang di sekitar kawasan sebuah kedai. – Instagram

CCTV rakam aksi curang pasangan tua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Netizen di media sosial Indonesia kecoh berhubung perbuatan curang melibatkan seorang lelaki dan seorang wanita pertengahan usia yang dirakam oleh sistem televisyen litar tertutup (CCTV) jirannya, lapor laman berita Suara.com hari ini.

Rakaman video tersebut dimuat naik ke akaun Instagram bernama @andreli_48.

Menerusi klip video yang dikongsikan, kelihatan seorang lelaki sedang berdiri di kawasan sebuah kedai yang sudah ditutup.

Lelaki yang memakai baju putih berkolar itu dilihat sedang menunggu seseorang di pintu kedai.

Kemudian, seorang wanita bertudung labuh dirakam menghampiri lelaki berkenaan. 

Lelaki itu dilihat menyambutnya dengan berpeluk mesra dalam klip video itu yang berdurasi sekitar satu minit.

Kecurangan mereka  telah disaksikan oleh 11 ribu pasang mata pengguna laman Instagram yang menghujani keduanya ruangan komen dengan pelbagai pendapat.

“Sudah tua, malu saya melihatnya,’’ tulis seorang netizen. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI