fbpx

Boleh naikkan harga asal tidak bebankan pengguna

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengarah Penguatkuasa KPDNHEP, Azman Adam (kanan) ketika membuat pemantaun di sebuah pasaraya di Rompin baru-baru ini.

KUCHING – Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid menegaskan, para peniaga boleh menaikkan harga jualan asalkan tiada membebankan pengguna.

Beliau berkata, kebenaran itu diberikan susulan ramai peniaga terbeban dengan kenaikan harga bahan mentah.

“Kita sudah berunding dengan peniaga dan meminta agar mereka tidak menaikkan harga secara mendadak.

“Kita juga mahu memastikan peniaga tidak mengalami kerugian kerana kenaikan harga bahan mentah. Sebab itu mereka boleh naikkan harga tetapi tidak ada unsur mencatut,” katanya.

Beliau berkata, kebenaran itu juga diberikan susulan kajian dilakukan oleh pihaknya yang mengesan keperluan untuk menaikkan harga barang serta menjadi tanggungjawab kementerian untuk menjaga semua pihak termasuk peniaga dan pengguna.

“Kementerian juga sudah bersedia untuk menangani kenaikan harga ayam yang diramalkan akan berlaku selepas Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) tamat 4 Februari ini.

“Ia juga termasuk menambah kuantiti ayam di pasaran yang mana untuk itu, pihak kementerian berkerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan untuk meningkatkan bekalan dengan membawa ayam import,” tambahnya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI