fbpx

MCMC tidak terlibat dalam peraduan pemberian hadiah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menegaskan pihaknya tidak pernah terlibat dalam mana-mana peraduan berkaitan pemberian hadiah saguhati membabitkan sebuah syarikat telekomunikasi.

Menurut MCMC, perkara tersebut berbangkit susulan wujudnya tindakan oleh pihak tidak dikenali menyamar sebagai pegawai MCMC.

“Dipercayai individu tersebut meminta agar para pengguna memaklumkan kepada pihak Suruhanjaya sekiranya telah menerima sebarang surat atau pemberitahuan loteri daripada mana-mana emel atau syarikat yang mencurigakan,” katanya melalui satu kenyataan, hari ini.

Jelasnya lagi, sebarang pengumuman atau pemakluman mengenai sesuatu urusan berkaitan dengan Suruhanjaya kelazimannya akan dilakukan mengikut saluran rasmi seperti laman sesawang ataupun menerusi platform media sosial Suruhanjaya dan bukannya menggunakan nama individu tertentu serta penggunaan bahasa yang meragukan.

“MCMC menggesa orang awam untuk tidak mudah terpedaya dengan e-mel sedemikian dan segera laporkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk perhatian dan tindakan susulan,” ujarnya.-K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI