fbpx

Pencuri terperangkap dalam cerobong asap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAKI lelaki tersebut boleh dilihat dari dalam cerobong asap. - Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Montgomery

WASHINGTON – Sebuah keluarga di Silver Spring, negeri Maryland terkejut setelah mendapati orang yang tidak dikenali terperangkap di dalam cerobong asap selepas cuba menceroboh rumah mereka, lapor stesen penyiaran CNN kelmarin.

Lelaki berusia 24 tahun itu tersepit selama sekurang-kurangnya empat jam sebelum bomba berjaya menyelamatkannya, kata Jabatan Polis Daerah Montgomery (MCPD) dalam satu laporan ringkas mengenai kejadian.

Suspek didakwa atas pertuduhan jenayah pecah rumah oleh pihak berkuasa. Identitinya tidak didedahkan sehingga mahkamah menerima pendakwaan tersebut, jelas jurucakap MCPD, Shiera Goff kepada CNN.

Menurut laporan, keluarga tersebut dikatakan menghubungi pihak polis pada 8 Januari lalu sekitar pukul 4 petang (waktu tempatan) mengenai bunyi ketukan atau hentakan dari dalam rumah.

Pihak berluasa yang bergegas ke lokasi kejadian tidak menemui sesiapa selepas menggeledah kediaman tersebut.

Bagaimanapun, polis sekali lagi menerima panggilan sekitar pukul 6.30 petang (waktu tempatan) mengenai bunyi yang sama. 

“Pihak kami mendapat panggilan mengenai ke pecah rumah. Mereka dengar suara manusia dari cerobong asap,’’ kata MCPD.

“Seramai 24 anggota bomba ditugaskan untuk memecahkan cerobong asap dan dinding batu bata itu selama lebih sejam untuk menyelamatkan suspek,’’ kata Jurucakap Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Montgomery, Pete Piringe di laman Twitter.

Lelaki itu berjaya dikeluarkan sekitar pukul 8.30 malam (waktu tempatan) yang kemudiannya dibawa ke pusat trauma, kata Piringer. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI