fbpx

Gaya maskulin sut linen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUT linen istimewa kerana dapat membawa transisi fleksibiliti daripada gaya formal kepada kasual.

OLeh FAIZAL HAMID

Penggayaan sut linen yang tidak terbatas menjadikan ia cukup sofistikated dan sempurna untuk musim panas atau cuaca seperti di negara kita. Sut linen istimewa kerana ia dengan mudah dapat membawa transisi fleksibiliti daripada gaya smart kepada gaya kasual atau santai.

Ia juga menyejukkan apabila dipakai, selesa dan dapat menyerlahkan maskuliniti.
Jika anda mahu gaya smart (kemas dan segak), gayakan sut linen dengan kombinasi kemeja dan tali leher. Pastikan juga potongan sut anda adalah dalam gaya kontemporari.

Kejayaan keseluruhan penampilan tentunya bergantung pada gaya dan warna sut, kemeja serta aksesori yang anda pilih.

Berikut panduan mudah bagi menggayakan sut linen.

1.Rona lembut

Pilih sut linen dalam rona pastel (lembut) atau neutral iaitu putih, kelabu, khaki, pasir atau tanah serta dan perang untuk mendapatkan gaya klasik, elegan dan segar.

Sut linen dalan rona gelap seperti warna arang, coklat, kelabu dan biru kelasi dapat menyuntik elemen formal dalam penampilan.

Elakkan rona terang kerana ia amat tidak sesuai dengan ciri-ciri fabrik linen.

Anda boleh menggayakan kombinasi jaket dan seluar dalam rona berlainan. Cuba padanan jaket dalam rona gelap dan seluar rona cerah untuk gaya lebih hebat.

2.Gaya santai

Padankan sut biru kelasi anda dengan kemeja putih dan tali leher kelabu untuk gaya formal dan profesional.

Sementara kombinasi sut rona lembut, pudar atau putih dan tali leher untuk gaya lebih santai dan bersahaja.

Bagi pilihan gaya tidak formal atau aktiviti dan acara santai, anda boleh padankan kemeja-T atau polo dengan sut linen.

3. Dres fabrik kapas

Padankan sut linen dengan dres daripada fabrik kapas atau kemeja jalur dalam rona pudar.
Kombinasi fabrik tersebut akan memberikan dimensi dan tekstur menarik pada penampilan keseluruhan.

Tidak perlu tali leher, melainkan anda bekerja di pejabat yang agak konservatif.

Berikan sentuhan gaya Eropah dengan pocket square bercorak menarik seperti polka dot, selain memakai jam tangan mewah dan kasut kulit untuk gaya lebih berketerampilan.

CUBA padanan jaket rona gelap dan seluar rona cerah untuk gaya lebih hebat.

4.Suai padan ikut cita rasa

Bagi anda yang belum bersedia untuk memakai sut linen, apa kata cuba dahulu gayakan blazer atau seluar linen, dan suai padankannya mengikut cita rasa anda.

Jika gaya kasual yang anda mahu tampilkan, pastikan memilih potongan sut linen yang sedikit longgar. Gaya ini sangat cool serta cukup digemari selebriti Barat.

Untuk gaya lebih stylish dan kontemporari, padankan jaket linen potongan mengikut badan dengan jeans denim yang hebat. Gaya ini ideal untuk aktiviti santai.

Dapatkan denim yang ringan sesuai dengan cuaca panas. Pilihan menarik yang lain, adalah kombinasi jaket linen dan seluar chino,

Untuk acara perkahwinan yang diadakan pada musim panas, sut linen pastinya antara pilihan sempurna untuk cuaca sedemikian.

5. Gaya kasut konservatif

Bagi mereka yang gemarkan gaya konservatif, perlu mendapatkan kasut oxford atau wingtip.

Namun, bagi anda yang lebih kepada gaya kontemporari, boleh memadankan kasut loafer dengan sut linen, terutamanya untuk gaya yang lebih santai atau kurang formal.

Loafer ringan dan boleh dipakai tanpa stokin.

Bagi yang berani, cuba bereksperimentasi dengan kombinasi sut linen dan kasut trainer sebagai pelengkap gaya.

Dapatkan kasut dalam rona neutral, kerana ia paling sesuai disuai padan dengan pelbagai kombinasi pakaian.

6. Cucian kering

Pastikan anda menghantar sut linen anda untuk proses cucian kering dan digosok atau distim dengan wap panas sebelum dipakai.

Sut tersebut tetap akan renyuk sedikit (sememangnya ciri-ciri linen adalah begitu), tetapi cucian kering yang bagus akan membuatkan sut linen tersebut kelihatan hebat lebih lama.

——————————————————————————————————————————————————————————————————————————

FAIZAL HAMID ialah Pensyarah Kanan Jabatan Fesyen, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Universiti Teknologi Mara, Shah Alam,Selangor.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI