fbpx

Korea Utara tidak serik, lancar peluru berpandu lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENDUDUK melintasi skrin televisyen memaparkan berita ujian peluru berpandu Korea Utara di sebuah stesen kereta api di Seoul semalam. - AFP

SEOUL – Korea Utara melancarkan peluru berpandu lagi yang merupakan ujian senjata pemusnah keempat oleh negara kuasa nuklear itu bulan ini, kata tentera Korea Selatan hari ini.

“Korea Utara membedil projektil tidak dikenali (peluru berpandu) ke Laut Timur,” kata 

Ketua Staf-Staf Bersama di Seoul yang merujuk kepada Laut Jepun.

Pasukan pengawal pantai Jepun mengesahkan pelancaran itu.

“Korea Utara dipercayai melancarkan sebuah peluru berpandu balistik,” kata seorang jurucakap Pengawal Pantai tanpa memberikan butiran lanjut

Pelancaran itu adalah yang keempat oleh Pyongyang pada tahun ini.

Pada Jumaat lalu, Korea Utara membedil dua peluru berpandu taktikal pelancaran daripada kereta api. Pyongyang juga menguji dua misil hipersonik masing-masing pada 5 dan 11 Januari lalu.

Sebagai tindak balas terhadap ujian senjata Korea Utara, Amerika Syarikat (AS)  melaksanakan sekatan-sekatan baharu terhadap negara komunis itu pada minggu lalu yang dianggap oleh Pyongyang sebagai satu provokasi.

“Korea Utara mempunyai hak untuk mempertahankan diri,” kata seorang jurucakap kementerian luar kepada agensi berita rasmi KCNA.

Meskipun dikenakan sekatan ketat antarabangsa, Pyongyang meningkatkan usaha untuk memodenkan tenteranya dan enggan menerima tawaran AS untuk mengadakan rundingan. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI