fbpx

Juara GV8, Ramli MS ada dua nama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAMLI MS memuji momentum Aweera sepanjang dalam GV8.

PETALING JAYA – “Saya lihat ada dua nama (potensi juara) yang saya tak mahu beritahu.”

Demikian komen jujur ketua juri Gegar Vaganza musim kelapan (GV8), Datuk Ramli MS menjelang pentas akhir pertandingan nyanyian nombor satu tanah air berkenaan hujung minggu ini.

Kata Ramli atau nama sebenarnya, Ramli Mohd Salleh, persembahan Aweera yang memperoleh kedudukan pertama semasa konsert separuh akhir malam tadi sebenarnya tidak sebagus sewaktu sesi latihan.

“Kalau saya tengok Aweera, semasa sesi latihan dia 30 peratus lagi bagus dan saya sebenarnya agak terkejut.

“Dia bertukar dalam tempoh sembilan minggu dan tengok dia masa rehearsal (latihan) dua hari lepas, macam bukan dia yang menyanyi sembilan minggu sebelum ini,” katanya usai konsert GV8 malam tadi.

Tambah Ramli, 63, sembilan minggu sebelum ini Aweera atau nama sebenarnya, Nasharul Aweera Norhissham, juga sering diberikan lagu ‘makanan’ sebagai tugasan namun tidak sebaik persembahan malam tadi.

“Kalau kalian rasa dia bagus malam ini (tadi), dua hari lepas waktu rehearsal, dia lagi bagus. Mungkin dia gementar waktu persembahan sebenar tetapi, saya sangat gembira untuk dia malam ini (tadi).

“Terus terang saya cakap, kalau tengok Aweera dua hari lepas (waktu rehearsal), dia ‘pijak’ semua orang,” ujar Ramli.

Menyentuh tentang pentas akhir Ahad ini, Ramli berkata, semua keenam-enam peserta  haruslah enunjukkan kehebatan maksimum.

“Buat persembahan sampai siling merekalah. Apa yang mereka ada, sampai siling mereka.

“Mereka kena tunjuk dan persembahan sesuatu yang berada di paras siling masing-masing.

“Kadang-kadang, kita (juri) minta ‘level’ 10 tapi tak semua boleh beri. Jadi, sembilan saya terima dan lapan pun saya terima. Nombor yang mana-manalah,” katanya penuh tersirat.

Malam tadi, rezeki ternyata tidak menyebelahi dua peserta iaitu Shidee dan Ani Mayuni apabila tersingkir di pentas separuh akhir, sekali gus gagal menempatkan diri dalam kelompok enam finalis.

Enam finalis yang bakal merebut gelaran juara GV8 Ahad ini adalah Aweera, Nikki Palikat, Aliff Aziz, Azan Scan, Adibah Noor dan Suki Low.

Berikut merupakan markah keseluruhan minggu separuh akhir:

1. Aweera – 81.30 %
2. Nikki Palikat – 76 %
3. Aliff Aziz – 72.2 %
4. Azan Scan – 69.7 %
5. Adibah Noor – 65.2 %
6. Suki Low – 64.8 %

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI