fbpx

Isteri diminati wanita lain kerana penampilan tomboi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar menunjukkan situasi ketika wanita itu menceritakan kisahnya diminati wanita lain kerana disalah anggap sebagai lelaki. – TikTok

JAKARTA – Seorang wanita mendapat perhatian netizen gara-gara menceritakan kisahnya yang selalu disukai wanita lain kerana disalah anggap sebagai seorang lelaki, lapor laman berita Suara.com.

Video itu dimuat naik ke akaun TikTok bernama @ vianitaekarini.

Menerusi video yang dikongsikan, seorang wanita berperwatakan tomboi yang memakai baju t-shirt hitam dilihat sedang makan bersama suaminya di sebuah kafe.

“Risiko mempunyai isteri tomboi, selalu diminati oleh perempuan lain padahal sedang lepak bersama suami sendiri,’’ tulis wanita itu dalam video tersebut.

Wanita itu kemudian menghalakan kamera ke arah suaminya yang sedang duduk di sebelahnya.

Rata-rata netizen di ruangan komen mengakui terpedaya dengan video tersebut kerana menyangka wanita itu adalah seorang lelaki.

“Kakak ini terlebih nampak macam lelaki, kacak sangat,’’ tulis seorang netizen.

“Aduh aku tertipu,’’ tulis netizen lain. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI