fbpx

RM2 juta selesai isu masalah air di lokasi kritikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TUAN IBRAHIM (tiga dari kanan) menyampaikan surat kelulusan projek wakaf air kepada Ketua Kampung Felda Sungai Retang, Mohd. Hafizan (dua dari kanan) di Felda Sungai Retang di sini hari ini.

JERANTUT – Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM2 juta daripada dana Tabung Wakaf Air bagi menyelesaikan isu masalah air di lokasi-lokasi kritikal di luar bandar.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, setakat ini, sebanyak RM1 juta telah dibelanjakan bagi menyediakan 32 wakaf air seluruh negara.

“Tahun ini melalui mesyuarat jawatankuasa, kami telah memutuskan untuk membelanjakan sekitar RM2 juta daripada jumlah dana terkumpul iaitu lebih kurang RM3 juta hasil sumbangan orang ramai.

“Daripada itu sebanyak 20 telaga tiub telah mula beroperasi dan 12 lagi sudah diserahkan kepada jawatankuasan dan wakil penduduk,”katanya dalam sidang akhbar selepas lawatan tapak projek Wakaf Air di Felda Sungai Retang, di sini, hari ini.

Menurutnya, projek yang melibatkan peruntukan berkenaan akan memberi tumpuan kepada kawasan luar bandar bermasalah membabitkan beberapa negeri seperti Pahang, Kelantan, Sabah, Sarawak dan lain-lain negeri.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI