fbpx

Gempar jumpa anak buaya dalam kampus IPTS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anak buaya yang dijumpai Ahmad Ismail di kampus sebuah IPTS di Bukit Tunggal, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA NERUS – Seorang pekerja am sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di Bukit Tunggal di sini terkejut dengan penemuan dengan seekor anak buaya hari ini.

Anak buaya yang berukuran kira-kira 30 sentimeter tersebut dijumpai di dalam longkang di dalam kampus IPTS berkenaan pada pukul 11 pagi.

Pekerja am tersebut, Ahmad Ismail Salleh, 35, berkata, dia menjumpai anak buaya terbabit ketika sedang kerja-kerja mencuci longkang berkenaan.

“Saya yang terkejut segera melepaskannya semula di kawasan paya berhampiran sungai di belakang kampus universiti ini.

“Ini kali pertama kami menjumpai buaya terlepas terlepas masuk ke kawasan kampus. Sebelum ini hanya biawak sahaja yang berkeliaran,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Ahmad Ismail berkata, penemuan anak buaya itu menimbulkan kebimbangan dalam kalangan warga IPTS berkenaan tentang kemungkinan kewujudan habitat buaya di kawasan berhampiran.

“Jika anak dijumpai tidak mustahil wujud ibu buaya di kawasan berhampiran. Kami kini berhati-hati bagi mengelak sebagai kejadian tidak diingini,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI