fbpx

Apa kata pemenang Liga Fantasi Kosmo!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

“Biasanya akan berlaku penangguhan yang tidak dapat dijangka dan untuk selamat, saya tidak akan pilih lebih seorang pemain daripada satu pasukan. Kalau ikutkan, ini adalah kali pertama saya sertai dan jika tidak mampu kejar keseluruhan, mingguan pun sudah memadai. Alhamdulillah, terima kasih Kosmo!”

MUHAMMAD NAJMUDDIN ALIFF NAZERI (Temerloh, Pahang)
Pasukan: Angers (120 mata)
Pengurus: Najmuddin Aliff

 

“Kebetulan minggu ini, West Ham bermain dua kali dan sebab itu saya buat triple captain kepada Jarrod Bowen. Dengan keadaan sekarang, mahu atau tidak saya kena buat pertukaran kerana paling penting pemain dipilih mampu menyumbangkan mata. Untuk kejar keseluruhan mungkin agak sukar, namun dapat mingguan sudah bagus. Terima kasih Kosmo!”

AHMAD RIDZUAN OMAR (Sitiawan, Perak)
Pasukan: MorningGlory (110 mata)
Pengurus: momotaro

 

“Saya lihat Jarrod Bowen berada dalam prestasi terbaik dan sebab itu, saya pilih dia sebagai kapten. Pemilihan satu pemain daripada setiap pasukan menjadi percaturan terbaik kerana jika ada penangguhan, ia pasti tidak akan beri kesan besar. Apa pun, terima kasih Kosmo!”

MUHAMMAD ASYRAF YAAKOB (Setapak, Kuala Lumpur)
Pasukan: Blus klus Klen (108 mata)
Pengurus: Asyaf Muhd

 

“Alhamdulillah, akhirnya berpeluang untuk memenangi saingan mingguan FPL buat kali pertama selepas hampir dua tahun bermain. Sangat berbaloi membuat analisis di laman web FPL yang memberi cadangan menggunakan Jarrod Bowen sebagai kapten. Sekali lagi terima kasih Kosmo! kerana memberi peluang untuk bersaing dalam liga FPL.

MOHD ZAMRI AWANG (Besut, Terengganu)
Pasukan: kucalana Fc (106 mata)
Pengurus: Mohd. Zamri

 

 

“Memang terkejut dan tidak disangka menjadi salah seorang pemenang FPL Kosmo! sebab tidak fokus sangat terhadap saingan ini. Alhamdulillah, percaturan saya menggunakan Jarrod Bowen sebagai kapten pasukan membuahkan hasil. Terima kasih Kosmo!”

MUHAMMAD IZUDDEEN AZIM (Taman Mutiara Subang, Selangor)
Pasukan: Nyellicious (106 mata)
Pengurus: Izuddeen Azim

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI