fbpx

Zulhusni sedia bertemu Selangor Pistons malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zulhusni (depan, kanan) bersama rakan pasukannya ketika melakukan latihan kecergasan di Persiaran Gurney, George Town baru-baru ini. /FOTO IQBAL HAMDAN

GEORGE TOWN – Pemain ‘kenit’ Pasukan Penang Black Panthers, Muhamad Zulhusni Basri dikatakan sudah bersiap sedia gamatkan gelanggang bertemu Selangor Pistons dalam aksi Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) 2021/2022 di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur malam ini.

Perkara tersebut dimaklumkan Ketua Jurulatihnya, Mohamad Fazil Mohd. Asri kepada Kosmo! di sini hari ini sebelum tinggal beberapa jam lagi perlawanan itu berlangsung pada pukul 8 malam.

Menurut Mohamad Fazil, keputusan untuk menurunkan tiga pemain pada perlawanan keempat pasukan kendaliannya itu bagaimanapun akan diputuskanya sebentar nanti termasuk menurunkan semula Zulhusni selaku kapten pasukan.

“Kita lihat nanti siapa yang kena. Semalam, Zaim, Danial dan Faisal sudah menggunakan tenaga 200 peratus ketika perlawanan bertemu KL Thunder yang berlangsung selama dua jam.

“Kemungkinan malam ini Zulhusni akan diturunkan semula. Dia sudahpun bersedia dan dilihat begitu komited ketika latihan diadakan. Dia juga beritahu sudah sembuh sepenuhnya,” ujarnya.

Pada 8 Januari lalu, Zulhusni terpaksa dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur selepas mengadu sakit pinggang, kepala dan sukar bernafas selepas tergelincir sebelum jatuh terlentang di luar kotak gelanggang semasa aksi menentang Negeri Sembilan Antlers.

Bagaimanapun, dia dilaporkan tidak mengalami kecederaan serius dan telah direhatkan untuk dua perlawanan.

Semalam, Penang Black Panthers meraih kemenangan berterusan apabila berjaya membaham pasukan KL Thunder 22-20, 18-21 dan 21-16. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI