fbpx

5 perkara Azizan Osman pelajari disebabkan Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azizan Osman

PETALING JAYA – Mentor usahawan jutawan, Datuk Azizan Osman berkongsi lima perkara yang beliau pelajari selepas genap setahun bertarung nyawa akibat dijangkiti Covid-19.

Beliau yang merupakan pakar motivasi dan penceramah dalam satu hantaran di media sosial berkata, hari ini genap setahun dirinya berjuang melawan Covid-19 di atas katil Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sungai Buloh.

“Apa saya belajar Allah S.W.T boleh uji kita pada bila-bila masa. Hidup ini seluruhnya adalah ujian. Umpama kita dalam permainan video. Bila-bila masa boleh ada ujian, cabaran dalam pelbagai bentuk, kecil atau besar dari mana sahaja dan kita perlu sentiasa bersedia respon dengan baik dan pantas.

“Setiap perkara ada proses. Contoh bila saya dalam tempoh pemulihan doktor pakar pesan kesembuhan mungkin ambil masa tiga hingga enam bulan. Jangan memaksa kerana faham ia akan ambil masa. Pastikan saya makan makanan yang baik, tidur dengan baik sedangkan masa itu susah hendak tidur dan banyakkan berehat daripada terlalu banyak berfikir atau “stress” kerana “stress” akan melambatkan proses pemulihan,” katanya dalam satu hantaran di Instagram.

Azizan berkata, perkara ketiga beliau pelajari adalah semua yang berlaku membuatkan dirinya lebih menghargai kehidupan dan individu disekelingnya termasuk seluruh pelajar beliau dan orang ramai yang mendoakan dirinya ketika sakit.

Menurut beliau, pelajaran keempat adalah kehidupan sangat singkat dan apabila tiba masanya semua akan pergi jua, namun cepat atau lambat bukan urusan manusia.

Justeru, katanya, ketika ada ruang dan peluang, ‘aset masa’ yang ada untuk melakukan perkara yang baik walaupun hanya tentang meluangkan masa bersama keluarga atau gunakan masa untuk membantu orang lain dengan kerja atau perniagaan dimiliki.

“Pelajaran kelima selagi belum mati jangan mengalah. Semua orang ada 24 jam yang sama. Kita hidup orang lain pun hidup. “Play big!” dan apa yang “trigger” saya ini membuatkan saya lebih berani “play big”.

“Saya melangkah menjadi antara pelabur utama dalam syarikat di Bursa Malaysia MPay Berhad dan banyak lagi tindakan lebih berani. Terima kasih kerana sentiasa doakan saya,” katanya.

Kosmo! pada Januari tahun lalu melaporkan Azizan dijangkiti Covid-19 selepas menjadi kontak rapat seorang pesakit wabak itu pada 7 Januari 2021.

Seramai 31 ahli keluarganya turut dijangkiti wabak tersebut dan paling menyedihkan apabila ibu mertuanya menjadi salah seorang yang meninggal dunia disebabkan pandemik itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI