fbpx

Polis berkas 5 lelaki samun rumah anggota ATM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Lima lelaki ditahan polis kerana melakukan samun berkumpulan di sebuah rumah milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Persiaran Pandan 3, Pandan Jaya, Ampang, pada 28 November lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kesemua suspek ditahan menerusi tangkapan berasingan di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur semalam.

“Tangkapan berasingan itu dijalankan pada pukul 4 pagi membawa kepada penahanan lima suspek lelaki berusia lingkungan 24 hingga 39 tahun.

“Kesemua suspek mempunyai rekod jenayah lampau dan ujian saringan air kencing mendapati empat suspek positif dadah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas beliau, hasil tangkapan itu polis turut merampas sebuah kereta jenis Proton Satria disyaki digunakan semasa kejadian samun serta sebuah telefon bimbit dan jam tangan dipercayai milik mangsa.

“Kejadian samun itu berlaku apabila lelaki anggota tentera itu didatangi tiga suspek pada pukul 11.30 malam, sejurus membuka pintu jeriji mangsa ditarik dan dipukul suspek di kepala serta badan sebelum merampas telefon bimbit dan jam tangan mangsa.

“Kesemua suspek telah direman selama tujuh hari bermula hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN