fbpx

Peraturan vape perlu dikawal secara berbeza daripada rokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Peraturan khusus untuk produk vape perlu dikawal secara berbeza daripada rokok memandangkan vape terbukti kurang memudaratkan berbanding rokok, demikian menurut satu tinjauan pendapat yang dijalankan oleh Malaysian Vape Industry Advocacy (MVIA).

Tinjauan pendapat #Tax and Regulate MY Vape : Your Say itu telah mendapat persetujuan majoriti daripada responden bahawa peraturan khusus perlu dibangunkan sama seperti dasar yang diamalkan di United Kingdom dan juga di New Zealand.

Kaji selidik itu telah dikendalikan oleh Green Zebras, sebuah syarikat penyelidikan pasaran terkemuka di Malaysia.

Presiden MVIA, Rizani Zakaria berkata, kajian yang melibatkan 1,000 dewasa itu juga mendapati responden bersetuju agar kerajaan harus memastikan pasaran gelap produk vape berada pada tahap minima.

“Industri vape semakin dilihat sebagai salah satu inovasi yang memberi kesan kepada sektor tembakau kerana berjuta-juta perokok di seluruh dunia beralih kepada produk vape.

“Ini kerana produk vape terbukti sebagai alternatif yang kurang memudaratkan berbanding rokok tradisional serta berkesan dalam membantu perokok berhenti merokok,” katanya dalam kenyataan.

Selain itu. Rizani menjelaskan, sektor vape di negara ini memenuhi potensi pertumbuhannya dan membantu lebih ramai perokok Malaysia untuk berhenti merokok.

Sehubungan itu,  MVIA percaya bahawa kerajaan mempunyai peranan penting dalam membentuk masa depan industri vape tempatan dan penceburan lebih aktif diperlukan untuk mengawal industri tersebut.

Tambah beliau, daripada kaji selidik itu juga mendapati, sebanyak  85 peratus daripada peserta berpendapat bahawa vape harus dipromosikan untuk meningkatkan kesedaran terhadap keberkesanannya sebagai alternatif yang kurang memudaratkan. 

“Lebih menarik, sebanyak  68 peratus responden mahu vape dijual dalam talian melalui platform e-dagang, asalkan kanak-kanak di bawah umur tidak mempunyai akses kepada produk tersebut,” jelasnya.

Selain itu, Rizani menerangkan, Malaysia harus melihat kejayaan undang-undang yang berkredibiliti seperti di UK apabila membangunkan dasar untuk pasaran vape tempatan.

“MVIA terbuka kepada sebarang perbincangan dengan pihak berkuasa yang berkaitan untuk memberikan perspektif kami,” jelasnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI