fbpx

Noraini Roslan Yang Dipertua MPK baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noraini Roslan.

KLANG – Bekas Datuk Bandar Majlis Bandaraya Subang Jaya, Noraini Roslan mengangkat sumpah jawatan sebagai Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK) yang baharu hari ini.

Menurut hantaran di Facebook MPK, majlis pengakuan menerima jawatan itu berlangsung di Dewan Mesyuarat Raja Mahadi MPK.

Selepas majlis tersebut, beliau terus mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan yang turut dihadiri sebahagian ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) itu dan ketua jabatan secara dalam talian.

Noraini dilantik menggantikan Dr. Ahmad Fadzli Tajuddin yang dilantik sebagai Pegawai Kewangan Negeri berkuat kuasa 16 Disember tahun lalu.

Untuk rekod, sebelum berkhidmat di MBSJ, Noraini, 58, pernah menyandang Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) yang kini berstatus perbandaran dari 2011 hingga 2017. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI