fbpx

Botol air pun boleh jadi pelitup muka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelitup muka botol air yang disatung kain ciptaan lelaki di Indonesia. - abopermak

JAKARTA – Seorang lelaki di Indonesia menjadi tular di media sosial apabila dia memuat naik pelitup muka unik yang dicipta daripada botol air, lapor Suara.com semalam.

Menerusi video yang dimuat naik di laman Instagram @abopermak, pelitup muka itu diperbuat daripada bahagian hadapan botol beserta muncung dan penutupnya.

Dia turut menunjukkan demonstrasi memakan buah tanpa perlu membuka pelitup muka dan hanya membuka penutup botolnya sahaja.

Kreativiti lelaki itu mengundang pujian netizen yang beranggapan lelaki itu sangat kreatif mencipta pelitup muka untuk memudahkannya makan dan minum.

“Ini pelitup muka paling hebat pernah saya lihat,” komen seorang pengguna media sosial.

“Semoga terus sihat dan kekal mencipta barangan kreatif seperti ini lagi,” ujar seorang lagi. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI