fbpx

Nindy Ayunda temui pengganti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NINDY AYUNDA

SELEPAS lapan bulan bercerai, penyanyi Nindy Ayunda memberi bayangan sedang berkawan rapat dengan seorang lelaki. Lelaki itu dikatakan bakal menggantikan tempat bekas suaminya, Askara Parasady Harsono.

Menerusi beberapa hantaran yang dimuat naik dalam Instagram­nya, Nindy berkongsi gambar-gambar menampakkan sosok seorang lelaki yang didakwa sebagai kekasihnya. Bagaimanapun, wajah lelaki itu tidak didedahkan Nindy.

Ibu kepada dua orang cahaya mata itu juga membahasakan lelaki terbabit dengan gelawan ‘pawang Kinara’.

Gelaran tersebut turut menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen.

“Pawang Kinara itu siapa?” soal salah seorang pengguna Instagram.

“Saya jadi ingin tahu siapa yang dimaksudkan sebagai pawang Kinara,” kata seorang lagi pengikutnya.

Biarpun diasak dengan pelbagai soalan, pelantun lagu Cinta Cuma Satu itu sehingga kini masih belum membuka mulut tentang status lelaki misteri berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI