fbpx

Hanis kembali perkuat Malaysian Tigress

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KUALA lUMPUR 16 Julai 2019 Pemain penyerang skuad hoki wanita negara, Hanis Nadiah Onn ketika menjalani latihan di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil Gambar Rosni Masri Pemberita Zazali Meja Sukan

KETUA jurulatih skuad hoki projek khas wanita kebangsaan, Nasihin Nubli Ibrahim berharap dapat membawa penyerang utama, Hanis Nadiah Onn ke saingan Piala Asia di Muscat, Oman dari 21 hingga 28 Januari ini.

Menurut Nasihin, penyerang berusia 26 tahun itu sudah bebas sepenuhnya daripada kecede­raan dialami yang menyaksikan dia terpaksa menjalani proses pemulihan selama sembilan bulan.

Justeru, kepulangan Hanis yang pernah dinobatkan sebagai Pemain Harapan Terbaik Asia 2016, amat positif buat Malaysian Tigress untuk berdepan lawan-lawan hebat pada kejohanan itu nanti.

“Kalau tengok pada situasi sekarang, sudah tentu saya teringin nak bawa Hanis ke sana (Piala Asia). Kami berharap agar dijauhkan daripada apa-apa masalah sebelum berlepas ke Oman nanti.

“Kalau ikutkan Hanis memang pemain utama untuk pasukan ini kalau tengok daripada perkembangan semasa. Hari ini kita ada proses pemilihan pertama pasukan termasuk Hanis menentang skuad lelaki MBPJ.

“Namun, kita belum umum pasukan lagi kerana nama-nama terpilih perlu dicadangkan kepada Datuk Ahmad Najmi Abdul Razak (Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan) terlebih dahulu,” katanya.

Sementara itu, Hanis me­ngakui, dia akan cuba sehabis baik untuk membuktikan kemampuannya kepada barisan kejurulatihan walaupun baru pulih daripada kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL).

“Peluang itu taklah mustahil, tetapi saya mahu dapatkan rentak dahulu sebab sudah lama tak bermain hoki. Saya akan cuba sebaik mungkin kerana apa-apa pun keputusan di tangan jurulatih,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI