fbpx

Polis siasat himpunan AMK serah memorandum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sekumpulan AMK ketika menghantar memorandum berupa plakad yang tertera ayat Undur Azam Baki kepada SPRM, semalam.

PUTRAJAYA – Penganjur dan peserta perhimpunan Angkatan Muda Keadilan (AMK) bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam telah dipanggil memberikan keterangan kepada pihak polis, hari ini.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz berkata, kes itu disiasat mengikut Peraturan 9 dan Peraturan 10 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021(P.U.(A) 293.

Menurutnya, kumpulan AMK itu disertai antara 20 hingga 30 peserta dan telah dipanggil memberikan keterangan secara berperingkat bagi membantu siasatan yang sedang berjalan.

“Polis sudah mengambil keterangan pihak penganjur dan peserta yang terbabit bermula semalam dan akan diadakan secara berperingkat.

“Kita akan memanggil individu terbabit bagi melengkapkan kertas siasatan dan berharap mereka memberikan kerjasama bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Semalam, sekumpulan ahli AMK yang diketui Akmal Nasrullah Mohd. Nasir dan Ahli Parlimen Batu, P. Prabakaran telah menghantar memorandum berupa plakad dengan tertera ayat Undur Azam Baki kepada SPRM.

Mereka melakukannya secara berkonvoi menggunakan kereta bermula dari Dataran Putrajaya ke pejabat SPRM di sini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI