fbpx

Polis buru kumpulan individu terlibat kes gaduh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan insiden pergaduhan di Bukit Bintang malam tadi.

KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan sekumpulan individu terlibat dalam kejadian pergaduhan yang dipercayai berlaku di kawasan Bukit Bintang, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya telah mengesan satu video pergaduhan yang tular di media sosial hari ini.

“Menerusi video berdurasi 22 saat itu memaparkan sekumpulan individu tersebut bergaduh dan berasak antara satu sama lain.

“Kejadian dipercayai berlaku di sekitar monorel Bukit Bintang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas beliau, motif kejadian masih dalam siasatan dan kesemua suspek yang terlibat sedang dikesan.

“Orang ramai dinasihatkan untuk tidak terlibat dengan apa-apa kesalahan yang boleh melanggar undang-undang.

“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat mengenai kejadian boleh menghubungi IPD Dang Wangi di talian 03-26002222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI