fbpx

Pahang kenal pasti tapak sekolah baharu elak banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SYED IBRAHIM (dua dari kiri) meninjau Sekolah Kebangsaan Paya Taram di Temerloh yang turut terjejas akibat banjir baru-baru ini.

Oleh NORHAFIZAN ZULKIFLI

TEMERLOH – Kerajaan negeri sedia menyediakan tapak sekolah baharu bagi memindahkan sekolah yang sering dilanda banjir dalam usaha mengelakkan kerugian dan kesan pembelajaran kepada pelajar akibat bencana itu setiap tahun.

Pengerusi Jawankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri, Datuk Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, pada masa ini kerajaan negeri telah mengenal pasti beberapa kawasan yang diyakini bebas daripada banjir.

“Ia merupakan perancangan jangka panjang yang dicadangkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail selepas beliau mengadakan lawatan dan kerja-kerja pembersihan di Sekolah Menengah Kebangsan Pulau Tawar Jerantut sebelum ini.

“Kami bersedia membantu kerajaan Persekutuan menyediakan tapak baharu sekiranya Kerajaan Persekutuan dapat menyediakan peruntukan, beberapa tapak dan tanah yang diyakini selamat, tinggi sekiranya banjir berlaku telah dikenal pasti,”katanya dalam sidang akhbar selepas meninjau keadaan Sekolah Kebangsaan Paya Taram di sini, hari ini. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI