fbpx

McDonald’s Jepun hanya jual jejari kentang saiz S

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kentang goreng di semua cawangan McDonald’s Jepun hanya dijual pada saiz S sehingga Februari ini. - Google

TOKYO – Pelanggan restoran makanan segera McDonald’s di Jepun dihadkan membeli kentang goreng bersaiz kecil sehingga bulan depan, lapor portal United Press International, kelmarin.

Pengumuman itu dibuat oleh pihak pengurusan McDonald’s yang memberitahu, catuan  itu disebabkan kekangan penghantaran bekalan ubi kentang akibat cuaca buruk.

“Kentang yang digunakan restoran kami diimport dari Amerika Utara dan bekalan tidak dapat dihantar ke Jepun kerana berlaku banjir di pelabuhan Vancouver, Kanada yang merupakan transit perkhidmatan perkapalan.

“Kami akan menangguhkan sementara jualan kentang goreng bersaiz M dan L mulai 9 Januari selama kira-kira sebulan dan hanya akan menjual saiz S sepanjang tempoh itu,” demikian menurut kenyataan daripada McDonald’s Japan Co. Ltd.

Banjir di wilayah British Columbia pada November tahun lalu terus menyebabkan kelewatan pada rantaian bekalan yang pada awalnya sudah terjejas disebabkan Covid-19.

Salji tebal yang melanda baru-baru ini turut menyumbang kepada kelewatan penghantaran di Pelabuhan Vancouver. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI