fbpx

K2

175 murid di Sarawak terima pek persekolahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
para pelajar menerima Pek Kembali Ke Sekolah berupa peralatan kelengkapan sekolah.

SESI persekolahan baharu yang bakal bermula Mac ini tentunya menyebabkan ibu bapa perlu membuat pelbagai persiapan khusus buat anak-anak mereka.

Antaranya termasuk menyediakan kelengkapan persekolahan seperti pakaian, kasut dan juga peralatan pembelajaran seperti beg sekolah dan alat tulis.

Begitupun, bagi golongan yang kurang berkemampuan, mereka pastinya terkesan dengan proses penyediaan kelengkapan ke sekolah, memandangkan ia menelan belanja yang agak besar.

Justeru, Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) Malaysia dengan kerjasama Yayasan Didik Negara (YDN) baru-baru ini telah mengadakan majlis penyerahan sumbangan Pek Kembali ke

Sekolah kepada 175 murid sekolah rendah di sekitar Kuching, Sarawak.

Majlis yang penuh bermakna itu telah berlangsung di Sekolah Kebangsaan Madrasah Datuk Hj. Abdul Kadir Hasan, Kuching.

Majlis tersebut disempurnakan Menteri Pendidikan Malaysia, Fadhlina Sidek yang telah menyampaikan sumbangan pek-pek kepada murid-murid sekolah rendah yang datang daripada keluarga kurang berkemampuan di Kuching dan kawasan-kawasan berdekatan.

Program RMHC Malaysia itu juga disokong sepenuhnya oleh McDonald’s Malaysia sebagai penaja korporat utama.

RUMAH Ronald McDonald banyak memberikan tumpuan kepada kesejahteraan kanak-kanak.

Menurut Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia merangkap Presiden RMHC Malaysia, Datuk Azmir Jaafar, beliau cukup berbesar hati apabila dapat melaksanakan program tersebut di Sarawak.

“Kami cukup berbesar hati apabila dapat menjayakan program Pek Kembali ke Sekolah ini di Bumi Kenyalang, dan ini juga merupakan pelaksanaan kali keenam bagi program ini di seluruh negara.

“Buat pertama kalinya juga, RMHC Malaysia dengan kerjasama YDN, menganjurkan majlis penyerahan ini di luar Semenanjung Malaysia sejak program ini diperkenalkan, dengan harapan mendekati lebih ramai kanak-kanak yang memerlukan.

“Maka, kami berharap agar sumbangan ini mampu menyuntik semangat anak-anak muda ini, sekali gus membolehkan mereka menjadi insan yang berjaya pada masa akan datang,” ujarnya.

YDN merupakan sebuah badan rasmi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang ditubuhkan bagi menggembleng kerjasama dan komitmen pelbagai lapisan masyarakat untuk menyalurkan sumbangan ke arah melestarikan pendidikan berkualiti.

RMHC Malaysia pula telah ditubuhkan pada Februari 1990 sebagai organisasi bukan berasaskan keuntungan dengan misi mewujudkan dan menyokong program-program yang mampu meningkatkan kesihatan serta kesejahteraan kanak-kanak kurang bernasib baik di Malaysia.

Badan itu turut menjalankan empat program utama untuk menyokong teras kesihatan, pendidikan dan kebajikan. Program-program ini ialah Rumah Ronald McDonald, Bilik Sensori Ronald

McDonald, ‘Gift of Smile’ dan Program Pek Kembali ke Sekolah.

Kesemua program ini dapat dijayakan hasil sumbangan ikhlas pelanggan-pelanggan McDonald’s yang bermurah hati menderma kepada tabung dan Kiosk Pesanan Layan Diri di restoran-restoran tersebut serta tajaan dan sumbangan rakan korporat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI