fbpx

MB Perak diminta campur tangan isu korek pasir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penguat kuasa Pejabat Tanah Daerah Manjung dan Majlis Perbandaran Manjung semasa melakukan operasi pengorekan pasir di Pantai Pasir Panjang, Segari minggu lalu yang dilakukan tanpa kebenaran.

LUMUT – Menteri Besar diminta bertegas dan campur tangan bagi menghentikan kerja-kerja tanah dan pengorekan pasir berhampiran kawasan pendaratan penyu di Pantai Pasir Panjang, Segari, dekat sini.

Ini kerana tinjauan terbaru oleh Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM) semalam mendapati, kerja-kerja itu semakin rancak dijalankan siang dan malam.

Kerja-kerja pembersihan tanah itu juga semakin menghampiri muara Sungai Puyu iaitu lokasi yang paling banyak penyu mendarat.

Pegawai Penyelidik Lapangan SAM, Meor Razak Meor Abdul Rahman melahirkan rasa kecewa kerana pengusaha terlibat terus berdegil dan berani melanggar arahan pihak berkuasa agar menghentikan kerja-kerja tersebut.

“Memang kita akui aktiviti itu dilakukan di tanah milik (persendirian) tetapi ia terletak di lokasi sensitif alam sekitar tahap 1 yang tidak membenarkan kerja-kerja tanah.

“Ia telah digariskan dalam Rancangan Fizikal Negara, Rancangan Struktur Negeri, Rancangan Tempatan Daerah Manjung, Garis Panduan Pemuliharaan Dan Pembangunan Kawasan Sensitif Alam Sekitar Untuk Kawasan Pesisiran Pantai serta Enakmen Pengurusan Pesisiran Pantai 2016.

“Oleh itu, kami meminta jasa baik Menteri Besar selaku Pengerusi Jawatankuasa Perancang Negeri dan Ahli Jawatankuasa Majlis Rancangan Fizikal Negara untuk campur tangan,” katanya pada sidang akhbar di pejabat KUASA di sini hari ini. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI