fbpx

KPLB fokus penempatan baharu, infrastruktur elak bencana banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ABDUL RAHMAN Mohamad (tiga dari kanan) menyampaikan sumbangan barangan keperluan kepada seorang mangsa banjir di Dataran Tok Linggi Kampung Relong di Lipis hari ini.

LIPIS – Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan mengenal pasti beberapa kawasan penempatan baharu di luar bandar serta menaik taraf pelbagai infrastruktur bagi mengelak kejadian banjir terus berulang pada masa akan datang.

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, usaha itu melibatkan usaha membina dan menaik taraf tapak penempatan baharu, jalan raya, jambatan serta beberapa kemudahan lain.

“KPLB juga sedang memfokuskan usaha membina dewan atau balai raya dan bangunan tadika di kawasan luar bandar yang masih belum ada kemudahan itu untuk kegunaan sebagai pusat pemindahan sementara (PPS).

“Perkara ini adalah untuk mengelakkan mangsa banjir berpindah jauh selain memudahkan kerja-kerja menyelamat ketika banjir melanda,”katanya pada majlis sumbangan bantuan banjir di Dataran Tok Linggi Kampung Relong di sini, hari ini.

Menurut Abdul Rahman, pengalaman mengurus dan membantu mangsa banjir di kawasan Parlimen Lipis memperlihatkan keperluan kepada usaha menaik taraf kemudahan infrastruktur bagi persediaan bencana pada masa akan datang.

Justeru katanya, pihaknya meminta wakil rakyat dan pejabat daerah seluruh negara mengenal pasti kawasan baharu untuk penempatan serta kemudahan awam yang perlu dibina baharu atau dinaik taraf. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI