fbpx

Kerajaan tidak bercadang laksana PKP besar-besaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hishammuddin bercakap pada sidang akhbar khas Mesyuarat Kuartet Menteri Covid-19 di Wisma Pertahanan, hari ini.

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak bercadang untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara besar-besaran seperti sebelum ini.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein menjelaskan, kerajaan tidak menolak untuk mengambil langkah lebih ketat ekoran penularan varian Omicron yang dilaporkan baru-baru ini.

“Mengambil kira pembetangan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, setakat ini 245 kes varian Omicron telah disahkan dan sebahagian besar berpunca daripada kepulangan pengembara dari luar negara.

“Kerajaan tidak menolak untuk mengambil langkah lebih ketat termasuk menyekat pergerakan keluar dan masuk jika negara berkenaan didapati berisiko tinggi,” katanya pada sidang akhbar khas sempena Mesyuarat Kuartet Menteri Covid-19 di Wisma Pertahanan, hari ini.

Menurut beliau, keputusan untuk tidak melaksanakan PKP merupakan inisiatif dan usaha bersiap sedia untuk memasuki transisi ke fasa endemik.

Bagaimanapun, pengumuman peralihan kepada fasa itu terpaksa ditangguhkan berikutan kerajaan sedang memantau penularan varian Omicron serta situasi banjir yang menjejaskan beberapa buah negeri baru-baru ini. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI